BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 11, 2012

NEW LIFE

Assalamualaikum w.b.t..
apa khabar para pembaca blog sekalian?
diharapakan semua berada dalam keadaan yg sihat2 belaka serta mendapat rahmat dah redhaNya
inshaAllah.

alhamdulillah.
aku masih diberi peluang utk terus berada dalam bidang perubatan dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahun 4 perubatan di Universiti Tanta.

Pelbagai pengalaman serta kenangan2 yg indah serta perit telah aku lalui selama aku di mesir.
Tak lama lagi aku akan menjejakkan kaki aku di Hospital Universiti dan akan deal dgn pesakit2 di tanta ni.

Sebenarnya aku masih ragu2 akan pilihan aku sebagai pelajar perubatan.
Aku merasakan yang aku ni tidak layak untuk mengambil bidang kritikal ini.
aku rasa aku tidak boleh bawa.
aku lembap.

itulah aku.
dan aku pernah posting elektif di Hospital berdekatan dgn rumah aku,
masa posting, aku tidak tahu apa2.
sedangkan case yg aku lihat tu adalah short case.
dan aku dah pernah belajar case tu.

baru 3 bulan aku meninggalkan tahun 3,
tapi aku masih boleh lupa akan sifat2 drugs.

akibat daripada itu,
aku rsa sngt inferior dgn student2 perubatan di msia.
mereka lebih independant.
dan tidk mengharapkan org lain.

tetapi..
aku xkan putus asa..
aku telah berusaha utk sampai ke tahun 4,
dan aku telah sampai.
dan aku tak akan berhenti!

aku harap aku dpt berdiri setaraf dgn student medik di msia.
walaupun di mesir, sistem pelajarannya lebih tertumpu pada teori,
tapi aku boleh cari alternatif lain utk mendapatkan ilmu klinikal.

akhir kata,
doakan aku ye kawan2.
semoga kita menjadi insan yg berjaya dunia akhirat. ameen ya rabb.